Powered By Blogger

Sunday 19 June 2011

bila betul2 aku jatuh cinta

Tanda Lelaki Serius Jatuh Cinta



Air mata lelaki, keegoan terlerai, sukar dilihat, tersorok rapi,
dalam di lubuk hati, hanya wanita bertuah dapat melihat,
serta selami apa yang dirasai..
Lelaki sering dipandang sexist oleh wanita akan keikhlasan, kejujuran tentang kebenaran cinta mereka terhadap seorang wanita. Di sebalik aku berjalan-jalan menyusuri dunia blog ni terpaku aku dan tertarik aku membaca tentang seorang wanita memaparkan tentang tanda-tanda lelaki sedang jatuh cinta berat? Cinta berat? Apa itu? Cinta yang mendatangkan rasa berat dan penuh dalam hati mereka, atau lebih tepat lagi melambangkan keseriusan mereka mendakap cinta. Okay sila scroll ke bawah untuk mengintai tanda-tandanya. >>>

  1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  2. Dia sentiasa ingin menghibur kekasihnya.
  3. Dia banyak menasehati kekasihnya karena dia amat menyayanginya.
  4. Dia berusaha mengunkung kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia selalu mengawasi gerak-gerik kekasihnya karena dia sentiasa merasa curiga.
  7. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpahkanseluruh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian karena dia mau kekasihnya melayaninya lebih dari orang lain.
  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Dia kadang suka merajuk karena ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  13. Dia selalu mempastikan keselamatan kekasihnya.
  14. Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  15. Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya karena dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
  16. Dia tidak akan mempedulikan wanita lain apabila tidak ada urusan penting dengannya.
  17. Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu dengan kekasihnya.
  18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
  19. Jika ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
  20. Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sehatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercaya dansanggup menyerahkan harta maupupun nyawanya sendiri.
  22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 % mencintai kekasihnya.
  23. Tidak semua laki-laki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang wanita.

*Lelaki adalah manusia juga, tidak akan sesempurna yang dikau harapkan. 


Kredit :

No comments:

Post a Comment