Powered By Blogger

Thursday 23 June 2011

a must watch movie

 this movie will make we understand the meaning of having family!!!
http://www.mediafire-movie.com/hello-ghost-2010/


Search for Website

Search :

Hello Ghost (2010)



Sang-man (Cha Tae-hyeon) starts seeing four annoying ghosts after a failed suicide attempt. Carrying out their individual wishes, he finds the pleasures of daily life and forgets about his loneliness and depression. Directed by writer-turned-director Kim Yeong-tak of “Super Family” and “BA:BO.”

Sunday 19 June 2011

Wajib Baca ni untuk pengajaran remaja2 zaman sekarang..

Adinda Evans (Nadia Elliza)



[Image: adinda.png]

Assalamualaikum

Sekarang ni semua orang tengah kecoh dengan seorang remaja 14 tahun bernama Adinda Evans atau nama sebenarnya Nadia Elliza yang buat pengakuan berani mati. Sebenarnya ini cerita lama, tapi manusia bergelar Obefiend baru korek balik pasal dia ni, dan buatkan hashtag #adindaevans untuk dia ni. Tidak disangka orang ramai, trending yang pada mulanya hanya di Malaysia sampai jadi trending worldwide. Kalau trending benda baik takpa jugak, ini benda macam ni, buat malu negara je.


Tak kenal dia ni? Jom kenal kenalan sikit.


[Image: 1.PNG]


[Image: 2.PNG]


[Image: 254989_113889105365776_100002340616047_1...2751_n.jpg]

Budak ini sebenarnya buat pengakuan dalam blog dia, dia dah takde dara. Nak baca? Dah lambat la dik. Adinda Evans ni memang kecut, dia delete post tu. Aku pun sempat baca semalam, tapi tak sempat nak printscreen. Tapi aku ada terjumpa dekat blog siapa entah, aku pinjam nak bagi korang baca.


Dipetik dari blog Adinda Evans:
[Image: 1.jpg]
dah faham apa dia cakap?

Dia cakap dia dah pernah main, tapi tengok la tarikh post bila. 5 Disember 2010. Cerita dah lapok ni. Walaupun hakikatnya Adinda Evans ni otak dia dah rosak, tapi ada point yang betul jugak.

'aku tahu dalam dunia ni ramai perempuan yang takde dara'

Memang ramai, tapi dik, umur kau berapa? Memang aku tak nafikan ramai je budak yang dah rosak sekarang. Kalau ye pun dah pernah main, diam-diam jela. Lepastu kalau tak salah, kenapa delete? Aku nasihat la, kalau lainkali nak tulis fikir dulu. Kalau blog kau privete, aku rasa takde orang pun kisah, tapi ni public, semua orang boleh baca.

lagi satu ayat yang buat aku tergelak:
'asalkan kita ada maruah diri'

Kalau dah pernah main tu ada maruah dik? Benda tu bukan maruah ke? Dari segi penulisan aku dah dapat baca otak dia jenis macam mana. Dia ni budak-budak yang tak boleh fikir lagi. Maruah tu apa ye Adinda? Boleh cerita sikit dekat aku?
Aku bukan nak kutuk ke apa, tapi aku nak korang cuba fikir balik.
Kalau budak macam ni nak salahkan siapa? Nak salahkan mak bapak?
Jawapan aku YES.

Semua manusia dilahirkan seperti kain putih.
Siapa yang bertanggungjawab mencorakkannya?
Maka jawapannya ialah ibu bapa.

Fikir sejenak, kalau waktu kita kecik dah dididik bagi keluar bebas, memang tak payah cakap la kalau sekolah rendah pun ada yang dah mengandung. Semuanya bermula dengan ibu bapa. Rasa-rasanya kalau ada didikan agama, kalau tak pakai tudung pun la, at least bila keluar rumah tu dapat bezakan benda yang boleh buat dengan benda yang tak boleh buat.

Tak terkejut pun sebenarnya, tak payah ambil contoh jauh-jauh, tengok dekat sekolah. Ada orang couple tak? Couple ni la sebenarnya jerat maksiat. Mula-mula senyum senyum, lepastu pegang tengan, lepastu? Pandai pandai la fikir. Bila dah ada rasa cinta dekat budak lelaki tu, benda apa pun kau sanggup bagi. Tapi benda yang satu tu jaga la. Sekali seumur hidup. Nanti dah besar menyesal pun tak guna.


Oh, Malam tadi Adinda ada tulis satu post bertajuk 'Semak'.
Aku nak jawab persoalan dia boleh?
[Image: untitled.PNG]

Apesal nak heboh cerita pasal kau?
Sebab kau orang Melayu. Fikiran Melayu memang macam tu. Dia hebohkan benda ni sebab nak bagi kesedaran dekat kau. Aku rasa kalau Obefiend tak mula hebohkan, ramai lagi yang masih taktau perangai kau. Heboh bermotif, tak boleh ke?

Apa yang kitaorang nak?
Aku rasa better kau minta maaf dekat public. Kalau budak kecik tengok, kau baru 14 dah boleh buat macam ni. Kenapa diorang tak? Budak kecik akan terpengaruh dengan kau.

Apa yang tak puas hati?
Mana ada tak puas hati, cuma tak senang tengok ada budak kecik yang dah rosak.

Kenapa taknak judge GRO dekat pub?
Dah itu memang kerja diorang, diorang punya umur. Kau? 
Baru 14, PMR pun belum, SPM lagi la. UPSR je nak kerja apa?

Budak 12 tahun mengandung tak kecoh?
Dah dia tak tulis dekat blog dia, macam mana nak kecoh. Bukti takda.

Susahkan mak bapak kitaorang?
Ye, memang susahkan. Buatnya ada budak kecik baca pasal kau ni. Dia pun rasa nak cuba jugak. Dia tengok umur kau budak budak lagi dah boleh buat. Kenapa bukan diorang? Pening mak kitaorang nak cuci balik otak budak budak yang tak boleh fikir waras macam kau.

Ada hubungan sulit dengan Amer Raja Lawak?
Takde taste? Aku rasa dia lagi taknak dekat kau. 
At least Amir buat lawak bodoh pun, akal dia boleh lagi function.

Kitaorang tak matang ke?
Kau yang tak matang lagi sebenarnya, budak.

Kau jujur? Matang?
Kalau jujur bertempat, Kalau matang boleh fikir.
Kau? Jujur ke? Jujur dengan diri kau? Dengan mak bapak kau? Dengan Allah?

Budak BB takde virgin?
Yela, kalau separuh ke, semua ke, dia tak cerita dekat orang. 
Kau? Bijaksana sangat. Lupa pulak, dia kan dah matang.

Mak bapak kau still boleh terima kau?
Sebab taknak kau lari dari rumah. Cuba kalau diorang terus marah.
Agak agak kau lari tak? Mesti la, lepastu duduk dengan mamat mana entah.
Diorang terima, tapi dalam hati pedih. Kau bayangkan kau ada anak buat perangai macam ni, suka?

Perjalanan kau masih jauh?
Kalau perangai kau macam ni, still tak ubah. Berhenti jalan sampai sini cukup la.
Dah tahu perjalanan masih jauh tapi buat benda bukan bukan. Masa depan kau dah lama gelap.

Kau cukup terseksa hidup macam ni?
Baru hidup dah terseksa, mati nauzubillahminzalik.
Azab dekat dunia dah terasa, akhirat fikir sendiri dik.

Hina sangat ke kau?
Aku rasa rumah kau ada cermin, tak pun kamera. Kan kau suka main DSLR.
Kau snap gambar kau, kau tengok balik, nampak mulia ke hina?

Kau sumpah dekat orang yang kutuk kau?
Kau rasa dah buat macam tu sumpah kau diterima ke? Taubat la balik. 
Orang munafik je yang suka bersumpah.

Kau bukan hanya Islam dalam IC?
Aku tak rasa macam tu? Kalau Islam, tengok balik cara pakaian kau. Tutup aurat ke?
Kau punya rambut terdedah, tudung mana?
Kau punya baju nampak pusat, pusatu tu aurat lelaki, kau lelaki ke perempuan?
Solat 5 waktu cukup? Kalau dekat Pavi tu surau dia tingkat berapa?
Cuba baca doa qunut, cakap Islam?




Wahai Nadia Elliza,
[Image: images.jpg]
Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Melainkan orang yang beriman dan beramal soleh,
Dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran,
Dah yang berpesan-pesan dengan kesabaran.

Aku sebagai orang yang tua sikit daripada kau, nak nasihat.
Harini pun hari jadi kau, kau dah 14. Allah nak tarik nyawa kita tak kira, kita muda ke, kita tua ke, kita sihat ke, kita sakit ke, bila tiba masanya, kita akan pergi juga.
Tapi, indahkah kalau ketika kita sedang bermaksiat, nyawa kita ditarik. Waktu tu nak taubat dah tak guna dah. Kalau nak taubat, pintu taubat masih terbuka, bila bila masa boleh taubat. Aku mintak sangat kau sedar. Kau sendiri tahu, perjalanan kau masih jauh, tapi kau sendiri menghakis jalan jalan untuk kau maju ke hadapan. Kau rosakkan masa depan kau sendiri. Mesti kau ada impian, kalau macam ni cara hidup kau, rasa-rasa boleh capai impian kau?


Beberapa status update terakhir Adinda di Facebook:
[Image: 3.PNG]

Aku harap kau baca ni, kau sedar. 
Selamat Hari Lahir
========================Luahan Dari Seseorang Blogger
Original Post At Here
========================
KK tambah sikit ya? 

Hadits riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam. bersabda:

Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang
berbuat maksiat dengan terang-terangan. Masuk dalam kategori berbuat
maksiat terang-terangan adalah bila seorang berbuat dosa di malam hari
kemudian Allah telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada
temannya): Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah
telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia bermalam dalam
keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari ia sendiri menyingkap
tirai penutup Allah dari dirinya. (HR. Muslim)


Kerajaan juga perlu di salahkan dalam hal ini. Kenapa?

Sebab Kerajaan Tidak menerapkan Ilmu Agama Islam di sekolah Secukupnya.

Aik. Kan ada mata pelajaran agama di sekolah?
Memang ada tapi Mata pelajaran Agama Islam bukanlah mata pelajaran utama! Mata pelajaran utama di sekolah-sekolah ialah Akedemik!!!

Tadi KK ada dengar lagu dekat dalam laman Forum ini. KK rasa lagu itu sesuai dengan Adinda Evans. Jom layan lagu tu di bawah.

kepada sapa2 yang terasa aku ikram bin ilyas suggestkan baca..

Dapat Dosa Berterusan Disebabkan Berkongsi/Menyiar Gambar/Cerita Lucah





“KERANA SATU KLIK MALAPETAKA BERTERUSAN DITERIMA HINGGA HARI KIAMAT

Oleh: Ismail Abu Bakar

Di zaman ICT dan Globalisasi ini kemudahan komputer dan email hampir ada pada setiap orang yang bekerja di sektor swasta juga kerajaan termasuk kepada pelajar-pelajar di kolej dan universiti. Kemudahan internet yang disediakan dengan kadar yang semakin munasabah menyebabkan kemudahan email ini menjadi semakin popular.Pernahkah kita terfikir dengan satu “KLIK” sahaja akan menyebabkan mencurah-curah dosa yang di terima secara berterusan hingga hari kiamat.
Apa yang penulis akan bincangkan adalah berdasarkan dua buah Hadis Sahih berikut.
Mahfumnya::

Ibnu Mas’ud r.a. berkata: Bersabda Nabi s.a.w. : “Tiada suatu jiwa yang terbunuh dengan penganiayaan, melainkan putera Adam yang pertama dahulu itu mendapat bahagian dari penumpahan darah itu, kerana ia yang pertama membuka jalan untuk penumpahan darah.”(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah kisah pembunuhan Qabil terhadap Habil kerana Qabil dengki terhadap Habil yang berkahwin dengan kembarnya yang lebih cantik.
Mahfumnya:
Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengajak kejalan hidayat, maka baginya dari pahala seperti pahala (sebanyak pahala)pengikutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dari pahala mereka. Dan sesiapa yang mengajak ke jalan sesat, maka menanggung dosa sebanyak dosa-dosa pengikutnya, dengan tidak mengurangi dari dosa-dosa mereka sedikit pun.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)
Bagi memudahkan kefahaman akan maksud hadis-hadis di atas dan berkaitan dengan konteks kehidupan kita pada zaman ICT ini, mari kita ambil iktibar dari kisah berikut. Zack baharu tamat belajar di sebuah universiti kemudian di terima bekerja di sebuah syarikat ICT. Setiap pekerja dibekalkan dengan komputer, alamat email dan internet akses bagi memudahkan urusan kerja seharian.Zack mempunyai ramai kawan dan mereka berhubung melalui email setiap hari. Masa lapang Zack diisi dengan melayari laman web lucah. Kegemarannya ialah memuat turun (download) gambar-gambar lucah itu kemudian berkongsi dengan kawan-kawannya melalui email. Dia mempunyai “email group” dan ada 50 alamat email kawan-kawannya di dalam “emailgroup” tersebut.
Sekali menghantar email, dia akan menghantar kepada “emailgroup” tersebut.Selain daripada itu dia juga suka menghantar semula email yang diterima daripada rakan yang lain ke “emailgroup”. Di antara kandungan email itu adalah kisah-kisah yang mengaibkan seseorang seperti video klip bercium di dalam lif, kisah seluar dalam yang dijumpai di dalam periuk di restoran mamak dan seumpamanya lagi yang kebanyakannya adalah perkara-perkara yang nafsu kita seronok membacanya dan melihatnya tetapi hukumnya adalah jelas haram di sisi syariat Islam.
Pada suatu hari ketika pulang dari tempat kerja Zack terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kembali kerahmatullah di tempat kejadian.
Di dalam Islam telah sepakat ulama’ bahawa hukum melihat gambar-gambar lucah, menyebarkan fitnah, membuka aib dan seumpamanya adalah haram serta berdosa kepada mereka yang melakukannya dan menyebarkannya.Untuk memudahkan kefahaman, katakan Zack telah mendapat satu dosa kerana menghantar gambar-gambar lucah kepada kawan-kawannya. Gambar tersebut diterima oleh 50 orang kawan-kawannya melalui email. Kesemua kawan-kawannya seronok dengan gambar tersebut dan meredai perbuatan Zack maka setiap kawannya mendapat satu dosa manakala dosa setiap kawannya itu juga diberikan kepada Zack jadilah sekarang dosa Zack 1+50 = 51.Setiap kawan-kawan Zack itu pula menghantar gambar tersebut kepada 10 orang lagi,maka sekarang dosa Zack akan bertambah lagi menjadi 1+50+500=551 dosa. Kemudian setiap sepuluh orang itu menghantar lagi kepada 10 orang yang lain, bertambahlah dosa Zack menjadi 1+50+500=5551. Begitulah seterusnya.
Zack telah meninggal dunia, email nya masih lagi tersebar, maka akan berterusanlah dia mendapat dosa selagi email itu berlegar di ruang cyber hingga hari kiamat. Begitulah iktibar yang boleh diambil daripada apa yang berlaku kepada Qabil, setiap jiwa yang mati dibunuh kerana hasad dengki manusia, maka dosa membunuh itu akan juga sampai kepada Qabil hingga hari kiamat. Bayangkanlah berapa ramaikah jiwa yang telah
kena bunuh dengan zalim sejak dari zaman nabi Adam hingga sekarang? Dan berapakah dosa yang terpaksa ditanggung oleh Qabil di akhirat kelak?
Berbalik kepada kisah Zack, katakan sebelum meninggal dunia, Zack telah sempat bertaubat, insya’Allah dosa manusia terus dengan Allah, seperti meninggalkan puasa, zakat dan solat fardu akan Allah ampunkan tetapi dosa kita sesama manusia hanya Allah akan ampunkan bila insan tersebut mengampunkan kita. Zack telah menyebarkan perkara
yang menyebabkan orang lain berdosa, bagaimanakah dia nak mintak ampun dengan semua yang menerima email tersebut? Selagi mereka semua tidak mengampunkan Zack maka selagi itulah dia akan terima dosa hingga kiamat kelak.
Inilah malapetaka yang sangat besar pada zaman ICT ini. Dengan sekali klik sahaja saham dosa akan mencurah-curah sampai kepada kita. Sebab itu setiap kali apabila kita menerima email, hendaklah berhati-hati, jika kandungan email itu adalah gambar lucah atau yang mengaibkan seseorang muslim lain atau sesuatu fitnah hendaklah segera dibuang dan jangan ada sedetik pun didalam hati untuk seronok dengan benda yang haram bagi mengelakkan kita dan pengirim dari berdosa.
Yang sebaiknya jika yang diterima itu haram, nasihatkanlah pengirim supaya bertaubat dan berhati-hati di masa-masa akan datang.
Sebaliknya jika kita menyebarkan perkara-perkara yang baik dan diredai oleh Allah SWT yang pastinya ganjaran pahala yang di terima pasti mencurah-curah selagi ia masih terus di sebarkan.
Wallahhu’alam..

Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal..





Mak.....
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa......




Dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm...
Rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
Nak tinggal kan anak2 mak..... 
Nak tinggal kan dunia fana ni..... 


MAK macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
Kakak pun rasa hairan.....
Mak tak penah buat gitu.....
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....

Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
Kengkadang siaran indonesia ..
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2.....
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari.....
Ada kat dalam dalam beg..... Ada dalam ASB.....
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi....
Ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..?? 
Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar....
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer....
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..


Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/2007 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
Mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
Mak tetap takmau pi hospital.... .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
Tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju... ..
Mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..


Mak.....
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit... Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampun kan kami yer mak....


Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai....
Mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...? 
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga..... 


Mak....

Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter....


Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .
kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong.. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....



Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...? 


Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....


Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!


Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir.....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk......
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah.....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...


Makk...
anak mak yang seorang tu demam.... 

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ..?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....


Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan...
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...

Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... 

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak Mak Yang Dah Tak Degil





Psst :
F.A.M.I.L.Y is one of the strongest words anyone can say..!
because the letters of FAMILY means :
Father And Mother I Love You ! ♥


Jagalah Hati Ibu Kita... Jangan Biar Ia Terluka... Ubahlah Sikap Kita.. Sharelah Cerita Di Blog Anda...